Pages

Sunday, December 19, 2010

Teratak Impian - Sedang Dicat



Pintu-pintu kayu rumah dan aluminium sudah siap dipasang. Setelah itu "kontraktor yang sama telah diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja mengecat rumah, setelah kata sepakat secara lisan dicapai berkaitan harga upah kerja.
Dua orang tukang cat yang "mahir" telah diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja mengecat disamping dibantu oleh ketua kontraktor. Namun demikian, masuk hari ke4 kerja-kerja mengecat terpaksa diberhenti untuk sementara kerana bayaran pertama yang diminta menyamai jumlah harga upah yang dipersetujui..pelik bunyinya kannnn...itulah hakikat. Semua cat dibeli oleh tuan rumah...tersalah dengar kaaa...kontraktor minta RM7000..menyamai upah kerja mengecat dan sekali dengan cat yang diminta oleh tukang rumah Cikgu Nizam kat Tandop...orang lain upah sekali dengan cat...tapi kontraktor ni..hanya upah kerja dia saja RM7000... dah nasib badan...

Monday, April 26, 2010

Teratak Idaman


Teratak Idaman

Saturday, March 20, 2010

10 Pesan Imam Shafie

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ? Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

* Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

* Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

* Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

* Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

* Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

* Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

* Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

* Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha? ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

* Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

* Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

http://tazkirah.wordpress.com/2007/06/30/10-pesanan-imam-shafie-yang-perlu-diikuti/

PERHATIAN - HEBAHAN TERKINI

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN. DIHARAP PARA PELAJAR DAPAT MEMBERI PERHATIAN YANG LEBIH UNTUK PSPM II. JADI, MULAKAN LANGKAH ANDA..AYUH & MOGA SUKSES. AMIN.