Sunday, December 19, 2010
Teratak Impian - Sedang Dicat
Pintu-pintu kayu rumah dan aluminium sudah siap dipasang. Setelah itu "kontraktor yang sama telah diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja mengecat rumah, setelah kata sepakat secara lisan dicapai berkaitan harga upah kerja.
Dua orang tukang cat yang "mahir" telah diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja mengecat disamping dibantu oleh ketua kontraktor. Namun demikian, masuk hari ke4 kerja-kerja mengecat terpaksa diberhenti untuk sementara kerana bayaran pertama yang diminta menyamai jumlah harga upah yang dipersetujui..pelik bunyinya kannnn...itulah hakikat. Semua cat dibeli oleh tuan rumah...tersalah dengar kaaa...kontraktor minta RM7000..menyamai upah kerja mengecat dan sekali dengan cat yang diminta oleh tukang rumah Cikgu Nizam kat Tandop...orang lain upah sekali dengan cat...tapi kontraktor ni..hanya upah kerja dia saja RM7000... dah nasib badan...